Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Restoran terbakar

restoran terbakar

PENAMPANG: Pengunjung di pusat komersil Donggongon gempar seketika selepas sebuah restoran di salah sebuah blok bangunan di situ terbakar dalam kejadian pagi kelmarin.

Insiden sekitar jam 8.40 pagi itu difahamkan berpunca daripada bahagian dapur sebelum merebak ke ruang hadapan kedai berkenaan.

Bagaimanapun, api kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan alat pemadam api.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penampang Jamaludin Hussin ketika dihubungi kelmarin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 9.19 pagi.

“Dua jentera dengan kekuatan enam anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

“Namun api berjaya dipadamkan oleh orang awam sejurus ketibaan bomba di situ dan kita hanya menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan itu,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa difahamkan berlaku dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Komen


Berita Berkaitan