Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Restoran musnah dalam kebakaran

4:05pm 24/10/2016 Leolerry Lajius 20 views Ranau,Tempatan

KUNDASANG: Sebuah restoran musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Pekan Kundasang, semalam.

Kejadian berkenaan memusnahkan restoran yang berkeluasan 30 kaki lebar dan 40 kaki panjang.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 8.17 malam dan tiba di lokasi kejadian sejauh 20 kilometer itu pada jam 8.39 malam.

Pihak bomba menggunakan operasi pemadaman menggunakan 1 aliran salur bantu mula dan satu aliran 500′ 2 pancutan dan mendapat sumber air dari pili bomba berdekatan.

Menurut pihak bomba seorang mangsa dilaporkan pengsan dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Operasi yang diketuai oleh PPgB Jimmy Lagung bersama 11 orang anggota itu tamat pada jam 9.43 malam.

Punca serta nilai kerugian dalam kejadian berkenaan masih disiasat-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Restoran yang musnah dalam kejadian berkenaan.

Restoran yang musnah dalam kejadian berkenaan.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan