Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Restoran Makanan Sedap tawar Pakej Bufet Ramadhan

Chef Phang
Chef Phang

KOTA KINABALU- Bersempena bulan Ramadhan ini, terdapat banyak restoran makanan dan minuman serta industri perhotelan di sekitar daerah tersebut menyediakan pelbagai promosi yang menarik untuk mendapatkan pelanggan sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Restoran Makanan Sedap merupakan sebuah restoran makanan laut yang mempunyai status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meneruskan tradisi mereka menawarkan pakej Bufet Ramadhan yang bermula 6 Jun sehingga 5 Julai 2016.

Disamping itu, restoran tersebut menawarkan harga yang berpatutan untuk semua pengunjung tidak kira yang beragama Islam mahupun bukan Islam untuk bersama- sama menikmati juadah berbuka puasa di restoran tersebut.

Sehubungan itu, restoran itu dikendalikan oleh Eksekutif Chef, Phang Kok Keong dan lebih dikenali sebagai Chef Phang.

Chef Phang seorang tukang masak yang mahir dalam masakan halal dan mempunyai kemahiran khas dalam masakan Melayu seperti kari dan rendang.

Antara menu dan juadah buka puasa yang menjadi pilihan para pelanggan restoran tersebut ialah, ‘Kambing Madu’, ‘Chilli Crab’, ‘Butter Prawn’ dan Rendang daging.

“Kebanyakkan masakan di restoran ini menggunakan sos buatan sendiri yang menjadikan juadah berbuka puasa di sini lain berbeza dengan restoran yang lain.

“Selain itu, kami juga boleh menyediakan makanan mengikuti citarasa para pelanggan yang mengunjungi restoran ini, dengan erti kata lain, ‘customized menu’,” katanya.

Para pengunjung boleh menikmati juadah berbuka puasa dengan harga RM 50 bagi orang dewasa dan RM 25 bagi kanak- kanak yang berusia dari empat sehingga 12 tahun.

Sama seperti destinasi berbuka puasa yang lain, Restoran Makanan Sedap tidak ketinggalan menyediakan kemudahan surau kepada pengunjung umat Islam yang hadir untuk menunaikan solat.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Antara menu yang terdapat di Restoran Makan Sedap
Antara menu yang terdapat di Restoran Makan Sedap

Komen


Berita Berkaitan