Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Restoran Geylang Lor 9 kini dibuka di Lintas Square

Abidin (kanan) menunjukan bubur katak sambil disaksikan oleh pemilik restoran , Andy Goh (dua kanan)- Foto Jimmy Tan / SayangSabah
Abidin (kanan) menunjukan bubur katak sambil disaksikan oleh pemilik restoran , Andy Goh (dua kanan)- Foto Jimmy Tan / SayangSabah

KOTA KINABALU- Penggemar makanan eksotik tempatan kini boleh menikmati makanan bubur katak dengan adanya cawangan baharu restoran Geylang Lor 9 yang kini dibuka di Lintas Square.

Mayor Bandaraya, Datuk Abidin Madingkir berkata,cawangan baharu itu terletak di AT H-27-0, Lot 27, Tingkat Bawah, Blok H Jalan Lintas di Lintas Square dan semestinya memberi pilihan makanan kepada orang tempatan dan pelancong asing untuk menikmati makanan eksotik di sini.

Saya difahamkan Geylang Lor 9 merupakan sebuah restoran yang agak terkenal di Indonesia, China, Taiwan dan beberapa tempat di semenanjung dan saya yakin orang tempatan yang mengemari ‘daging katak’ boleh menikmati dengan adanya cawangan baharu restoran ini,” katanya ketika berucap dalam majlis pembukaan cawangan baharu restoran itu, di sini hari ini.

Menurutnya, tahun 2015 telah diistiharkan sebagai Tahun Festival Melancong Malaysia termasuk dari China, Hong Kong dan Macau yang juga merupakan kumpulan pelancong terbesar berkunjung ke Sabah dengan jumlah kedatangan pengunjung mencacah sehingga 304,860 pada 2014.

Beliau percaya dengan adanya cawangan baharu itu ia boleh memenuhi kehendak dan permintaan daripada pelancong terutamanya pelancong dari China yang gemar dengan makanan eksotik.

Sementara itu, beliau turut menggesa peniaga agar mengamalkan prinsip 5K iaitu kebersihan, keindahan, keselamatan, keteraturan dan kesejahtreraan  bagi memastikan keadaan bandaraya sentiasa bersih dan terjamin untuk dikunjungi.

Industri makanan sememangnya memberi banyak sumbangan kepada ekonomi di bandaraya ini, justru saya mengharapkan agar pemilik premis makanan terus menjaga kawasan sekeliling mereka agar sentiasa bersih,” tambahnya lagi.- Oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan