Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,825

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Restaurant Muslim 16 tahun anjur sambutan Tahun Baru Cina

11:18pm 15/02/2016 Leolerry Lajius 124 views Perniagaan,Tempatan
Salim (tengah) bersama isteri dan anak-anaknya.-Gambar Oleh Alex Mairin

Salim (tengah) bersama isteri dan anak-anaknya.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Beragama Islam dan berbangsa india tidak menghalang seorang pemilik restoran untuk mengadakan sambutan tahun baru cina yang diadakan sejak 16 tahun yang lalu iaitu bermula pada tahun 2000.

Menurut pemilik restoran tersebut Salim Khan bin Kabor, 45, sambutan tersebut merupakan satu tanda penghargaan kepada pelanggannya yang majoritinya adalah berbangsa cina kerana sentiasa memberikan kerjasama dan menjadi pelanggan di restoran miliknya.

Suasana ketika sambutan tersebut dengan kehadiran hampir 300 orang pengunjung.-Gambar Oleh Alex Mairin

Suasana ketika sambutan tersebut dengan kehadiran hampir 300 orang pengunjung.-Gambar Oleh Alex Mairin

“Kami telah menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina ini sejak tahun 2000 lagi dan diadakan setiap tahun hingga tahun ini sebagai tanda menghargai pelanggan yang sentiasa datang ke berkunjung ke restoran ini,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini sempena sambutan Tahun Baru Cina ke-16 di restoran tersebut.

Sementara itu, menurut anak perempuan Salim, Anisha Begun Binti Salim Khan, 23, beliau akan mengesyorkan kepada bapanya untuk mengadakan sambutan bagi perayaan lain untuk tahun akan datang.

“Untuk tahun seterusnya, saya mengesyorkan kepada bapa saya untuk mengadakan sambutan Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri memandangkan ia belum pernah diadakan, “katanya.

Restorang tersebut terletak di Ground Floor, Lorong Lintas Plaza 2, off Jalan Lintas, Kota Kinabalu, 88300.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

1455035731009

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan