Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Repvblik mahu berkolaborasi dengan artis tempatan Sabah

 

Kumpulan Repvblik. -Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Kumpulan Repvblik yang akan membuat penampilan kali pertama dalam konsert kupi-kupi fm turut menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dengan artis tempatan Sabah.

Dianggotai oleh enam anak muda, Ruri (vokal), Hexa (rhythm gitar), Lafi Hariyatulafian (bass), Tyar (keyboard, backing vocal), Chiel (drum), dan Ei (lead guitar), hasrat untuk membuat kolaborasi itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut dan turut menyifatkan Sabah kaya dengan bakat yang berpotensi.

“Jika diberi peluang untuk beraksi di konsert akan datang, kita akan berbincang bersama dengan pihak kupi-kupi fm berhubung hasrat berkenaan,”kata Hexa ketika ditemui media dalam satu sidang media yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.

Repvblik turut menyatakan bahawa penampilan kumpulan yang terkenal dengan lagu Sandiwara Cinta dalam konsert berkenaan merupakan hadiah buat peminat di negeri ini yang sentiasa menyokong mereka.

“Kami amat mengalu-alukan kehadiran orang ramai dalam konsert itu esok kerana ia adalah percuma dan kami juga akan membuat persembahan istimewa serta akan mempersembahkan lapan hingga sepuluh lagu buat peminat,”katanya

Ditanya mengenai tindakan individu yang mengubahsuai lagu mereka ke dalam bahasa tempatan Sabah dan dimuat naik ke You Tube, Hexa menyatakan ia tidak mempunyai masalah asalkan bukan tujuan komersial.

“Kejadian seumpama itu tidak ada masalah buat kami kerana itu adalah baik untuk menonjolkan bakat tetapi jika dibuat bagi tujuan komersial ia adalah salah,”katanya.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pendengar setia Kupikupifm, stesen radio ini akan mengadakan konsert di KDCA Hall, Penampang pada 18 Mac.

Selain artis jemputan istimewa sempena Konsert ini iaitu Repvblik yang akan membuat persembahan di Sabah buat kali pertama ia turut menampilkan artis tempatan iaitu, Adex, Esther Applunius, Sharin Amud, Evaritus Gungkit, Felix Agus, Nubornmusic, Velvet, Francis Landong, Den Bisa, Mary Intiang, Loytive, Jestie Alexius, dan Bamboowoods dari SMK Tamparuli yang akan bermula 7.00 hingga 11.00 malam dan masuk adalah percuma.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan