Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Replika perahu lepa jadi mercu tanda baharu Semporna

SEMPORNA – Sebuah replika perahu lepa akan menjadi tanda mercu baharu di daerah ini yang bakal disiapkan sebelum sambutan Pesta Regatta Lepa pada tahun ini.

Pegawai Daerah Semporna, Dr. Chaco Bullah berkata, replika besar berkenaan yang bahagian badannya diperbuat daripada konkrit dan layarnya daripada kayu itu akan diletakkan di bulatan jalan simpang Semporna-Kunak.

“Kita mendapat tajaan daripada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dan replika ini akan bakal menjadi tarikan baharu bagi Pesta Lepa kali ini,’’katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Chaco berkata, pelbagai perancangan telah dilakukan bagi sambutan pesta berkenaan yang dijadual akan berlangsung pada April nanti.

“Kita akan cuba memulihkan keyakinan pelancong dan pengunjung serta rakyat tempatan mengenai tahap keselamatan di daerah ini berada dalam keadaan terkawal. Kita juga yakin selepas Pesta Lepa nanti kedatangan pelancong di daerah ini akan menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini ia merosot sehingga 70 peratus,” ujarnya.

Chaco berkata, pada masa kini peningkatan pelancong mula dicatatkan secara perlahan-lahan dan lebih baik daripada sebelum ini iaitu 5,000 hingga 600 pelancong sebelum pencerobohan berlaku dan menurun sehingga 125 pelancong selepas insiden itu. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan