Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rentung direnjat elektrik

MAYAT ditemui rentung akibat terkena renjatan elektrik di kawasan bukit Kampung Numbak, Menggatal. FOTO ihsan pembaca
MAYAT ditemui rentung akibat terkena renjatan elektrik di kawasan bukit Kampung Numbak, Menggatal. FOTO ihsan pembaca

Kota Kinabalu: Seorang lelaki ditemui rentung dipercayai akibat terkena renjatan elektrik yang disambung secara haram dalam kejadian di kawasan bukit Kampung Numbak, Menggatal, dekat sini, semalam.

Mayat Dudi Pilun, 36, ditemui rentung sebahagian tubuhnya daripada pinggul hingga kaki oleh bapa saudaranya bersama penduduk jam 8.30 pagi.

Susulan penemuan mayat terbabit, bapa saudaranya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Alamesra.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa dipercayai keluar rumah Jumaat lalu, mencari kayu untuk dijual kepada penduduk kampung dan sejak itu mangsa tidak pulang ke rumah.

“Mangsa dipercayai maut akibat terkena renjatan elektrik yang disambung secara haram di kawasan berkenaan.

“Setakat ini, kes diklafikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan masih dijalankan,” katanya. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan