Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Renjer Maut Bom Meletup Tepi Jalan

PAKAR forensik dan tentera Thailand memeriksa kawasan letupan di Narrathiwat.
PAKAR forensik dan tentera Thailand memeriksa kawasan letupan di Narrathiwat.

Bangkok – Seorang renjer terbunuh dan enam yang lain cedera parah dalam letupan bom yang dipasang di tepi jalan di daerah Rangae, Narathiwat, kelmarin.

Letupan pada jam 8.50 pagi itu memusnahkan trak yang mereka naiki serta menyebabkan lubang sedalam tiga meter dan seluas 1.5 meter di tempat kejadian.

Pihak berkuasa kumpulan pemisah bertanggunghjawab meletupkan bom yang diikat pada tong gas masak 50 kilogram dari kawasan semak berhampiran ketika pasukan renjer terbabit pulang ke pangkalan mereka selepas mengiringi beberapa guru sekolah.

Polis Thai mengenal pasti kumpulan itu diketuai Amran Ming, Hasaree Ming dan Usman Aesa.
Lebih 100 tentera dan polis kemudian memeriksa rumah di sekitar kawasan itu untuk menjejaki suspek.

Beberapa jam kemudian, bom tepi jalan kedua meletup di daerah kecil Mareu Bo-ok, menyasarkan sepasukan 12 renjer yang pulang daripada melawat seorang pemimpin masyarakat.

Mereka bagaimanapun tidak cedera, tetapi trak mereka rosak teruk. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan