Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rempuh Penjara Nak Jumpa Kawan

flakka-jpg

FLORIDA – Pihak berkuasa di sini menahan seorang lelaki semalam selepas dia cuba memecah masuk penjara dengan merempuh keretanya pada pintu masuk sebelum memanjat pagar.

Suspek Patrick Rempe, 24, ditahan selepas terperangkap pada pagar berkenaan dan terpaksa dirawat kerana cedera.

Menurut polis, ketika disoal siasat, Rempe berkata, dia bertindak demikian kerana ingin melawat beberapa rakannya di dalam penjara itu.

Dia berdepan dengan pelbagai tuduhan, termasuk menyebabkan kerosakan harta kerajaan dan jenayah.

Jurucakap penjara berkata, memandangkan Rempe ditahan tanpa dibenarkan ikat jamin, dia kini mempunyai banyak masa untuk bersama rakannya di dalam penjara itu. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan