Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rempuh Anak Dengan Van Ketika Cuba Lari Dari Polis

rempuh

HANGZHOU, China – Ia merupakan pengalaman pedih kepada pasangan Liu Tien, 45, dan isterinya, Hsiung, 40, apabila mereka melanggar anak sendiri secara tidak sengaja ketika melarikan diri daripada polis.

Kejadian berlaku di bandar Hangzhou apabila kedua-duanya yang merupakan penjual di jalanan telah berniaga tanpa lesen.

Sebaik sahaja melihat kelibat polis menuju ke arah mereka, Liu dan Hsiung kemudiannya masuk ke dalam van mereka tanpa menyedari bahawa anak lelaki mereka, Wu yang berusia empat tahun sedang bermain di depan van tersebut.

Mereka kemudiannya merempuh kanak-kanak itu, menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut saksi, Chung Lai, dia mendengar bunyi kuat di jalan dan mendapati sepasang suami isteri sedang meraung.

“Di sebelah mereka adalah seorang kanak-kanak yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah,’’ katanya.

Polis kemudiannya menghubungi ambulans namun budak itu sudah tidak bernyawa akibat kecederaan parah di kepala.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan dihujani dengan kritikan dan hentaman daripada orang ramai melalui media sosial.

Mereka menyifatkan Liu dan Hsiung sebagai cuai dan lalai kerana membiarkan anak mereka bermain di jalan raya.

Komen


Berita Berkaitan