Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja lelaki ditahan rogol teman wanita sehingga hamil

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KENINGAU – Akibat terlalu mengikut nafsu, seorang remaja warga asing ditahan reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah kerana dipercayai merogol pelajar perempuan sehingga hamil.

Ketua Polis daerah, Deputi Superitendan Douglas Taong berkata, pelajar perempuan berusia 15 tahun itu dilaporkan hamil 28 minggu oleh ibu mangsa setelah dirogol oleh teman lelaki, 16 tahun, di sebuah rumah di Kampung Lintuhan, di sini.

“Ibu mangsa telah membuat laporan polis pada 17 Mac lalu setelah menyedari anak perempuannya sudah hamil selama 28 minggu. Berdasarkan laporan ibu mangsa, anak perempuannya telah menjalinkan hubungan seks dengan teman lelakinya itu sejak bulan Oktober 2014 di sebuah rumah kosong di Kampung Lintuhun Tambunan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Justeru, Douglas berkata, suspek berkenaan ditahan polis sebaik sahaja ibu mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah (IPD) Keningau. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan