Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja hampir temui ajal, tertembak diri sendiri

Beginilah keadaan ginsok yang yang percayai digunakan oleh mangsa. - foto ihsan IPD Keningau
Beginilah keadaan ginsok yang yang percayai digunakan oleh mangsa. – foto ihsan IPD Keningau

KENINGAU – Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun hampir menemui ajal apabila tertembak sendiri dengan senjata buatan sendiri dalam kawasan kebun getah di sebuah kampung di daerah Tambunan, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Taong berkata, sebelum kejadian mangsa masuk di kawasan kebun getah berkenaan bersama dengan tiga rakannya dan membawa `’ginsok’ dengan niat cuba menembak menggunakan senjata tersebut.

Katanya, semasa insiden itu berlaku mangsa berada di hadapan mendahului rakan-rakannya apabila mereka terdengar bunyi letupan dan melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Apabila melihat keadaan itu rakannya segera menghubungi seorang penduduk untuk meminta bantuan. Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian muka dan kepala dengan kesan tembakan dikejarkan ke Hospital Tambunan pukul 7.40 malam sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

“Siasatan lanjut mendapati ginsok tersebut merupakan milik ahli keluarga mangsa. Keluarga mangsa tidak mengetahui bahawa mangsa ada membawa senjata ginsok tersebut ketika hendak masuk ke kawasan kebun getah di kampung itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Douglas berkata, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Tambunan yang diketuai oleh Sub Inspektor, Murad Mohd. Yatim, merampas selaras senjata jenis ginsok buatan sendiri serta dua botol berisi timah dan satu botol berisi belerang yang disimpan di dalam sebuah beg sandang di tempat kejadian itu.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan