Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja tertembak diri ketika selfie bersama pistol bapa

11:57am 02/05/2016 Pak Roshan 621 views Global
MANGSA, Ramandeep Singh.

MANGSA, Ramandeep Singh.

NEW DELHI: Seorang remaja India yang ber’selfie’ dengan revolver .32 milik bapanya, meninggal dunia apabila tersilap memetik picu senjata itu, bukannya butang kamera telefon bimbitnya.

Tragedi itu menjadikan bilangan selfie yang membawa kematian di India meningkat kepada 11 tahun ini.

Ramandeep Singh, 15, dari Punjab, beraksi untuk bergambar dengan saudara perempuannya, menuding pistol itu ke arah kepalanya apabila melakukan kesilapan membawa maut itu pada Jumaat.

Singh dibawa ke hospital di Ludhiana, dengan peluru tersekat dalam kepalanya dan meninggal dunia pada Sabtu.

Pistol berkenaan milik bapanya, Gurkipal Singh, kata Timbalan Superintenden Polis Pathankot, Manoj Kumar.

“Menurut kenyataan bapanya, Ramandeep mengalami kecederaan ketika ber’selfie’ dengan pistol dan tembakan dilepaskan secara tidak sengaja,” kata Kumar kepada Indian Express.

Kematian remaja itu adalah yang terbaru dalam siri kematian dan kecederaan berkaitan selfie di India.

Negara itu mencatatkan jumlah tertinggi penduduk yang maut ketika ber’selfie’ dengan lebih 27 kematian berlaku ketika orang ramai merakamkan gambar diri sendiri tahun lalu di India. – Agensi/BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan