Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja tampal tangga dengan keranjang emas

10:45am 10/03/2017 Pak Roshan 18 views Global

PRIYAGEETHA bergambar di hadapan tangga di kediamannya yang dibalut dengan keranjang emas. – The New Paper

Singapura: Seorang pelajar seni yang menampal tangga di apartmennya dengan keranjang emas merancang untuk menanggalkannya selepas pihak berkuasa menganggap tindakan berkenaan melanggar undang-undang.

Priyageetha Dia, 25, mengaku tangga emas di satu blok kediaman di Jalan Rajah yang tular di media sosial baru-baru ini adalah hasil seninya.

“Apa yang saya lakukan adalah satu seni bukannya merosakkan harta benda awam.

“Saya mahu menyegarkan ruang tempat tinggal saya,” kata pelajar Kolej Seni La Salle itu.

Majlis Bandaran Jalan Besar, yang menguruskan blok itu sebelum ini memberitahu tindakan remaja itu tidak dibenarkan undang-undang.

Bagaimanapun, jurucakap majlis berkenaan memberitahu, pihaknya tetap menghormati semangat dan hasil seni pelajar berkenaan.

“Kami tidak mencuci tangga berkenaan ketika sesi membersihkan blok itu hari ini (semalam) kerana tidak mahu karya seni itu rosak,” jelasnya.

Namun, Priyageetha berkata, satu hari nanti keranjang emas itu perlu juga ditanggalkan.

“Saya belum putuskan keranjang itu akan dibuka tetapi ia akan berlaku juga satu hari nanti,” jelasnya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan