Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja setan rogol sepupu 8 tahun

7:02pm 08/12/2015 Pak Roshan 1068 views Jenayah,Mutakhir
KOTA BHARU 08 December 2015. ( KBM795P / TOLONG KARemaja 19 tahun yang mengaku bersalah merogol sepupunya berusia lapan tahun, diiring keluar dari mahkamah. - Foto FATHIL ASRI

KOTA BHARU 08 December 2015. ( KBM795P / TOLONG KARemaja 19 tahun yang mengaku bersalah merogol sepupunya berusia lapan tahun, diiring keluar dari mahkamah. – Foto FATHIL ASRI

Kota Bharu: Seorang remaja diperintah menjalani bon berkelakuan baik selama tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merogol sepupunya berusia lapan tahun tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh berusia 19 tahun yang mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mohd Yusoff juga memerintahkan keluarga tertuduh membayar wang pampasan RM8,000 kepada ibu bapa mangsa yang juga jirannya.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di sebuah rumah di Kampung Manek Urai, Kuala Krai, antara jam 9 hingga 10.30 pagi, 15 November 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.- myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan