Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja seludup barang kawalan

ANGGOTA Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematah satu cubaan seludup barang kawalan di Kawasan Perairan Titingan, Tawau. – Foto ihsan APMM

 

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan seorang remaja lelaki kerana disyaki cuba menyeludup keluar barang kawalan di kawasan perairan Titingan, dekat sini, pagi semalam.

Remaja warga tempatan berumur 16 tahun itu ditahan pada jam 10 pagi oleh sepasukan anggota Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan selepas mendapati bot jongkong dikendalikannya dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah Maritim Daerah, Kapten Maritim Romli Mustafa, berkata bot berkenaan dipercayai menuju ke Sungai Melayu, Pulau Sebatik dari jeti kampung Titingan, di sini.

“Pemeriksaan awal mendapati remaja terbabit membawa tiga tong gas memasak (LPG), 51 kilogram (kg) minyak masak paket 1kg dan 72 kg gula pasir kasar dianggar bernilai RM909.90.

ANGGOTA Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematah satu cubaan seludup barang kawalan di Kawasan Perairan Titingan, Tawau. – Foto ihsan APMM

“Jumlah keseluruhan rampasan barang kawalan termasuk bot jongkong dan enjin sangkut 15 kuasa kuda dianggarkan bernilai RM15,909.90,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Romli berkata, remaja itu bersama barang kawalan termasuk bot jongkong dibawa ke jeti Maritim Malaysia dan seterusnya diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurutnya, Daerah Maritim 18 Tawau akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan pelanggaran undang-undang dapat dibanteras di perairan negeri, khususnya di Tawau.

Komen


Berita Berkaitan