Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja putus tiga jari mercun botol meletup

putusjari

KOTA BHARU:  Seorang remaja lelaki putus tiga jari tangan kanan terkena letupan mercun botol ketika bermain bersama rakannya di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, Mohd. Idham Syafiq, 14, turut mengalami kecederaan pada bahagian tapak tangan, bahu dan muka selain putus ibu jari, jari manis serta jari tengah akibat terkena serpihan tersebut.

Menurut Mohd. Idham, kejadian tersebut berlaku apabila mercun botol yang dipegang di tangan kanannya itu meletup sebaik sahaja bahagian sumbu dicucuh api.

“Pada ketika itu saya hanya mampu menggelupur kesakitan. Tangan terasa seolah-olah sedang terbakar dan darah pula tidak berhenti-henti keluar.

“Nasib baik ada jiran yang ternampak kejadian itu cepat-cepat datang membantu dan membalut tangan saya yang berdarah itu dengan bajunya,” katanya ketika ditemui di Hopital Raja Perempuan Zainab II di sini hari ini.  -GAMBAR- SinarHarian

Komen


Berita Berkaitan