Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja perempuan redah hutan dua hari

remaja

Seattle: Remaja perempuan berusia 16 tahun yang terselamat selepas pesawat ringan dinaiki bersama datuk dan neneknya terhempas dalam hutan di pergunungan, terpaksa berjalan mengharungi hutan menuruni bukit selama selama dua hari sebelum sampai ke jalan raya dan menumpang kenderaan ke tempat selamat, pagi tadi.

Seorang pemandu menumpangkan remaja itu, Autumn Veatch, dan membawanya ke sebuah kedai paling hampir sejauh 50 kilometer di Mazama sebelum mereka menghubungi talian kecemasan 911.

Pasukan Penyelamat Aero Methow menghantar paramedik untuk memeriksanya sebelum dia dibawa ke hospital di Brewster untuk rawatan dan remaja itu didapati hanya cedera ringan.

CEO Three Rivers Hospital, Scott Graham, berkata remaja itu tidak mengalami kecederaan yang membahayakan selain kekurangan air.

Anggota keluarga mereka menghubungi pihak berkuasa selepas pesawat Beech A-35 yang berlepas dari Kalispell, Montanagagal, gagal sampai ke Lynden, Washington, Sabtu lalu.

Pasukan penyelamat mencari berdasarkan panggilan telefon terakhir dan data penerbangan tetapi gagal menemui pesawat itu sehingga Autumn ditemui berhampiran Taman Negara Cascades Utara.

Sherif Daerah Okanogan, Frank Rogers, berkata remaja itu berjalan selama dua hari tetapi enggan mengulas mengenai nasib datuk dan nenek remaja berkenaan, Leland dan Sharon Bowman yang belum diketahui sama ada masih hidup atau tidak.

Leftenan Kolonel Jeffrey Lustick dari Peronda Udara Awam berkata, menurut bapa remaja itu, anaknya memberitahu pesawat mereka terhempas selepas merempuh awan dan terbakar dan Autumn berada di tempat nahas selama sehari sebelum memutuskan berjalan turun dan bernasib baik kerana menemui laluan pejalan kaki hingga ke jalan raya.

Lima pesawat serta dua helikopter tentera laut digunakan dalam misi mencari pesawat yang terhempas itu selain pasukan pencari di darat. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan