Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja perempuan didakwa mencuri

KOTA KINABALU- Seorang remaja perempuan didakwa di Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas kesalahan mencuri empat pasang kasut pelbagai jenama.
Tertuduh, 17 yang dibawa ke hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Rita Kunsoi didakwa telah melakukan kesalahan tersebut di dalam kedai Oxford, Centre Point, disini, pada jam 9.30 pagi pada 9 Januari yang lepas.
Tertuduh didakwa dibawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan pada hari ini dan mahkamah telah menetapkan tarikh pada 4 Febuari depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Kanak- Kanak.
Tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 1,000 dengan dua orang penjamin tempatan.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan