Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja perempuan bukan diculik

Douglas Taong
DSP Douglas Taong

KENINGAU: Polis Keningau menafikan ada kejadian culik melibatkan seorang remaja perempuan di sini seperti mana yang disebarkan dilaman sosial facebook oleh pemilik akaun Ain Nazri pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Keningau DeputiSuperitenden Polis DSP Douglas Taong berkata, hasil siasatan lanjut polis mendapati bahawa remaja perempuan tempatan berumur 16 tahun itu yang didakwa diculik, sebenarnya telah mengikuti seorang lelaki warga asing berumur 32 tahun menginap di hotel Tai Wah bilik 404 di sini untuk menagih dadah syabu.

Katanya, semasa serbuan dilakukan dibilik hotel itu sepasukan anggotanya terpaksa memecahkan pintu bilik hotel tersebut kerana kedua-dua suspek enggan membuka pintu bilik berkenaan dan semasa tangkapan dilakukan berlaku sedikit pergeluatan   kerana suspek lelaki cuba melarikan diri sehingga mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan peha kanan suspek.                                                     

Katanya lagi, pemeriksaan lanjut di dalam bilik tersebut terdapat satu paket plastik lut sinar berisi dadah jenis syabu seberat 0.20 gram yang berada diatas meja telah dirampas dan hasil ujian air kencing terhadap kedua -dua suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Tambah Douglas, kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) kesalahan memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama  kesalahan positif air kencing.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan