Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja Parah Jatuh Dari Tingkat Tiga Apartmen Ketika Sidai Pakaian Di Telipok

4:49pm 04/12/2015 Pak Roshan 2819 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
MANGSA terbaring selepas terjatuh dari tingkat tiga pangsapuri. Foto - myMetro Online

MANGSA terbaring selepas terjatuh dari tingkat tiga pangsapuri. Foto – myMetro Online

KOTA KINABALU : Seorang remaja perempuan retak tempurung kepala selain mengalami pendarahan dalam kepala, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah apartmen di Jalan Kayu Madang, Telipok di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.45 malam, mangsa yang berusia 13 tahun telah dikejarkan ke Hospital Tuaran sebelum dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE 2) untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh ketika sedang menyidai pakaian yang sudah dibasuh oleh ibunya di balkoni bahagian belakang apartmen berkenaan.

“Tidak lama selepas itu, bapa mangsa mendengar dentuman kuat dan terus keluar ke balkoni dan mendapati mangsa berada dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri di atas lantai simen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chandra berkata unit berkenaan dimiliki oleh keluarga pengadu yang tinggal di Labuan, dan keluarga pengadu hanya menggunakan unit itu semasa bercuti di Kota Kinabalu sahaja.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan