Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja Palestin mati ditembak tidak bahayakan Israel

mohdd.jpg.transformed

Baitulmaqdis: Pertubuhan hak asasi manusia mendakwa tentera Israel sengaja menembak mati seorang remaja Palestin yang membaling batu ke arah kenderaan tentera Zionis itu walaupun mangsa tidak membahayakan seperti didakwa.

Mohammad Kasba, 17, mati ditembak pada 3 Julai lalu, oleh Kolonel Israel, Shomer, selepas dia melempar batu ke arah kenderaan tentera di pusat pemeriksaan Qalandia, Tebing Barat.

Menurut tentera Israel, Shomer dan seorang lagi tentera melepaskan tembakan apabila kenderaan itu ‘rosak’ serta bertindak balas terhadap ancaman bahaya.

Namun, video yang ditunjukkan B’Tselem yang diambil dari CCTV stesen minyak berhampiran, menunjukkan seseorang berlari ke arah kenderaan tentera dan melempar batu.

Kenderaan itu berhenti dan dua lelaki keluar mengejar pelempar batu berkenaan. Mereka kemudian terkeluar dari kawasan rakaman namun menurut B’Tselem, saksi menyatakan Shomer menembak mangsa dari jarak 10 meter dan meninggalkan tempat kejadian tanpa berusaha memberi bantuan pertubatan kepada remaja itu.

“Dakwaan Kasba menjadi ancaman kepada tentera ketika kejadian itu tembakan itu sedangkan dia melarikan diri tidak munasabah. Berasa terancam tidak cukup untuk mewajarkan sebarang tindakan hingga menyebabkan kematian,” kata B’Tselem dalam kenyataan hari ini.

Tentera Israel enggan mengulas mengenai dakwaan itu. Bagaimanapun media Israel melaporkan Shomer disoal siasat minggu lalu. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan