Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja OKU Hilang Setelah Ke Surau

oku

Muhammad Asyraf Mohd Sani, 16, seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) dilaporkan hilang dari kawasan rumahnya di Taman Jambu, Kajang sejak semalam.

Menurut Ibu kepada remaja terbabit, Rahmahwati Nawawi, anaknya dipercayai keluar rumah untuk pergi ke surau yang tidak jauh dari rumahnya pada jam 6.30 petang semalam.

Memetik laporan daripada the rakyat post, ibunya berkata “Saya dapati dia tidak pulang ke rumah sehingga jam 10.30 malam.

Saya mula berasa bimbang dan mencarinya di sekitar surau dan kawasan berdekatan tetapi tidak menjumpainya,” Ujarnya.

Sebuah laporan polis telah dibuat di Balak Polis Kajang pada hari kejadian dan hari ini laporan susulan dibuat sekali lagi setelah usaha mencarinya gagal sehingga petang ini.

Kisah kehilangan Muhammad Asyraf menjadi viral di laman sosial apabila kad khas OKUnya dimuat naik oleh pemilik laman Facebook Muhammad Izwan Shah yang telah dikongsikan sebanyak 1307 oleh pengguna Facebook yang turut menyebarkan berita kehilangan anak sulung daripada empat beradik ini.

Kad OKUnya tertera nombor siri MPKJ/JPM 142/2014 dengan nama Muhammad Asyraf Mohd Sani.

Ibunya juga memberitahu, Asyraf tidak membawa telefon bimbitnya dalam kejadian petang itu.

“Dia ada telefon bimbit tetapi ditinggalkan di rumah. Dia, walaupun seorang pelajar yang lemah dan memasuki kelas khas, tapi saya tahu dia mengingati nombor telefon bimbit saya,” ujarnya.

Muhammad Asyraf adalah pelajar kelas khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama.

Jika sesiapa yang menjumpai pelajar ini boleh menghubungi ibunya Rahmawati di talian 013-2677384.

Kami di Mynewshub mendoakan agar adik Muhammad Asyraf Mohd Sani selamat dan dijumpai kelak.-MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan