Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja mencuri dari Makciknya dicekup

6:48pm 27/11/2015 Ann Vivien 121 views Jenayah,Tempatan
Douglas (tengah) menunjukkan kunci dan beg sandang yang dirampas daripada suspek.

Douglas (tengah) menunjukkan kunci dan beg sandang yang dirampas daripada suspek.

KENINGAU: Seorang remaja lelaki berumur 19 tahun dicekup polis kerana disyaki mencuri barang-barang berharga milik makciknya di Taman Sabana Fasa 3 Blok B8 di sini kira-kira jam 7.00 malam pada 2 November lepas.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, pengadu (pemilik rumah) membuat laporan polis apabila menyedari rumahnya telah dipecah masuk dan mendapati bahagian pintu dapur rumahnya terdapat kesan umpil dan besi drill tingkap bahagian bilik telah dipatahkan.

Katanya, berikutan kejadian itu pengadu kehilangan barang-barang berharga seperti sebuah jam tangan jenama Rolex, tiga set kunci kereta, seutas rantai emas dan buah rantai, satu set kunci rumah dan wang tunai RM3,000.00 dengan anggaran kerugian RM28,000.00.

Bertindak atas maklumat katanya, pada 22 November kira-kira jam 4.30 petang, di hadapan kedai Rakyat 1Malaysia di pekan ini, pihak polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Keningau telah menangkap tiga orang suspek kerana disyaki terlibat dalam kes yang telah dilaporkan.

Katanya, tangkapan telah ditahan dalam lokap polis IPD Keningau dan direman selama enam hari untuk siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan