Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,718

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja Maut Tertikam Keris Ketika Persembahan Silat

4:12pm 20/12/2015 Pak Roshan 1410 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan

silat

LABUAN – Seorang remaja maut selepas tertikam dengan keris ketika membuat pertunjukan silat dalam satu majlis perkahwinan tempatan di Kampung Patau-Patau di sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd Amil Zulkarnain, 17 tahun; mengalami luka di bahagian dada dan segera dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk rawatan.

Beliau disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di jantung yang menyebabkan pendarahan yang banyak, kata Pemangku Ketua Polis Labuan, Deputi Superintendan Mohd. Ibrahim Mohd. Ghani.

Mangsa (kiri)

“Mangsa dan suspek berada di majlis perkahwinan dan membuat pertunjukan silat menggunakan keris. Ketika melakukan aksi silat, suspek dipercayai tertikam mangsa menyebabkan mangsa mengalami luka.

“Allahyarham kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan, bagaimanapun pihak hospital tidak dapat menyelamatkannya. Suspek sudah ditangkap dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Siasatan kes tersebut dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai. – BHarian Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan