Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,683

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja maut terkena renjatan elektrik

3:26pm 25/07/2016 Pak Roshan 3971 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
SEORANG remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Mangkalinau, Batu 3, di sini, pagi tadi.

SEORANG remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Mangkalinau, Batu 3, di sini, pagi tadi.

SANDAKAN: Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Mangkalinau, Batu 3, di sini, pagi tadi.

Sebelum kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa berusia 14 tahun yang belum dikenal pasti identitinya dikatakan pergi ke sungai di kampung terbabit untuk memukat ikan bersama dua lagi rakannya.

Difahamkan, mangsa yang menaiki perahu terkena renjatan elektrik di bahagian leher selepas tersangkut dengan kabel yang dipasang secara haram oleh penduduk kawasan setinggan berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad, berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota kecemasan Hospital Duchess of Kent yang bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, sebentar tadi. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan