Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja maut, kenderaan dilanggar

Beginilah kenderaan yang dinaiki mangsa yang telah dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda pada kemalangan itu. - foto ihsan PDRM Tenom
Beginilah kenderaan yang dinaiki mangsa yang telah dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda pada kemalangan itu. – foto ihsan PDRM Tenom

TENOM – Seorang remaja lelaki maut dalam kemalangan di Kilometer 3 Jalan Tenom – Keningau kira-kira pukul 10 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritenden Mohamad Firdaus Abdulah berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Amirul Muhamat Adds, 13, disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tenom.

Menurut Mohamad Firdaus, hasil bedah siasat mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan pendarahan dalaman pada pinggang akibat terbabit kemalangan melibatkan kenderaan jenis proton saga yang dinaiki mangsa dan sebuah pacuan empat roda.

“Berdasarkan siasatan awal, punca kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda telah hilang kawalan selepas melalui satu kawasan pembinaan jambatan dari arah Keningau-Tenom lalu terbabas ke arah jalan bertentangan dan melanggar bahagian tepi kanan kereta yang dinaiki mangsa jenis proton saga dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kedua-kedua pemandu yang berumur lingkungan 30-an yang terlibat dalam kemalangan itu masing-masing tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kes itu disiasat mengikut Sekysen 41 (1) (a) akta
pengangkuatan jalanraya APJ 1987. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan