Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja maut dalam pergaduhan di Ladang Imbak, Kalabakan

 

Gambar Hiasan
Illustration

TAWAU: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas ditikam dalam insiden pergaduhan di Ladang Imbak, Kalabakan dipercayai berpunca daripada berang seorang lagi lelaki, 20, setelah mendapat tahu anak buahnya, 14, ditangkap berkhalwat.

Dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 5 pagi tadi itu, remaja yang maut berkenaan dikatakan datang untuk membantu semasa pergaduhan lelaki berang itu dengan seorang lagi remaja lain, 15, yang ditangkap berkhalwat dengan gadis tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus, pergaduhan melibatkan tiga lelaki tanpa dokumen dan dipercayai pekerja ladang itu, berlaku di rumah pekerja Gunung Rara dan mangsa yang maut dikenali sebagai Mahmud Kurniawan Taro yang dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital daerah.

“Mangsa yang seorang lagi masih dirawat di wad pembedahan akibat kecederaaan yang dialaminya dipercayai ditikam dengan mengggunakan pisau Bugis, manakala, suspek berusia 20 tahun itu pula melarikan diri,” katanya.-Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan