Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja main piano ketika tidur

AKSI Isabelle bermain piano ketika tidur.
AKSI Isabelle bermain piano ketika tidur.

Wellington: Seorang remaja perempuan berusia 12 tahun mengejutkan keluarganya apabila bermain piano dengan baik ketika tidur.

Isabelle yang menghidap penyakit berjalan dalam tidur tiba-tiba bermain piano walaupun baru mengikuti kelas alat muzik berkenaan.

Aksi Isabelle bermain piano sambil tidur dirakam oleh bapa saudaranya, James Hodgson dan dimuat naik di laman YouTube.

Dalam video berkenaan Isabelle bermain piano dengan baik walaupun matanya tertutup dan berdengkur.

Beberapa ahli keluarga remaja itu kelihatan terpegun melihat dia bermain alat muzik berkenaan.

Hodgson berkata, Isabelle sering berjalan di dalam tidur, tetapi ini kali pertama dia bermain piano.

“Isabelle baru mengikuti kelas piano dan belum mampu bermain piano dengan baik.

“Bagaimanapun, aksinya bermain piano ketika tidur sangat mengejutkan kerana dia seperti sudah bertahun-tahun bermain alat muzik berkenaan.

“Lebih pelik lagi Isabelle kembali semula ke katil selepas bermain piano dan keesokan harinya dia tidak mengingati apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, Isabelle juga tidak boleh bermain piano dengan baik seperti dilakukannya ketika tidur.

Tambahnya, Isabelle sebelum ini pernah menyanyi ketika tidur dan keesokan harinya remaja itu memberitahu dia bermimpi bernyanyi di satu konsert.- myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan