Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja letupkan padang

9:17am 27/03/2016 Pak Roshan 12 views Global
ORANG ramai dan anggota keselamatan melihat lokasi pengebom berani mati selepas perlawanan bola sepak.

ORANG ramai dan anggota keselamatan melihat lokasi pengebom berani mati selepas perlawanan bola sepak.

Iskandariyah (Iraq): Seorang penyerang berani mati meletupkan dirinya di padang bola sepak di sebuah perkampungan menyebabkan 32 terbunuh.

Seorang kapten polis dari kampung Al-Asriya berkata: “Penyerang berani mati itu meletupkan diri ketika acara penyampaian piala kepada pemenang.”

Kampung itu terletak berhampiran Iskandariyah, kira-kira 40 kilometer di selatan Baghdad.

Penyerang itu yang dipercayai remaja meletupkan dirinya ketika acara penyampaian piala pada akhir perlawanan di Al-Asriya.

Saksi, Ali Nashmi, 18, berkata, penyerang itu menolak orang ramai ke tengah padang ketika Datuk Bandar, Ahmed Shaker, menyampaikan piala.

Ahmed turut maut dalam kejadian berkenaan bersama seorang pengawal peribadinya selain sekurang-kurangnya lima anggota keselamatan bersamanya.

Daish membuat kenyataan di media sosial tidak lama selepas itu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu selain memuat naik gambar penyerang terbabit – dikenali sebagai Saifullah al-Ansari – yang juga nampak masih berusia remaja.

Seorang lagi saksi, Haidar Kadhem, 20, berkata: “Saya cuma berdiri 50 meter dari tempat letupan. Kebanyakan yang ada di situ golongan muda dan saya melihat mereka semua bertaburan. Ada yang mati, ada yang cedera dan menangis meminta bantuan. Keadaan kelam-kabut.”

Seorang pegawai kesihatan wilayah Babil mengesahkan jumlah kematian.

“Tujuh belas mangsa maut adalah kanak-kanak lelaki berusia antara 10 hingga 16 tahun,” katanya.

Dalam video disebarkan di media sosial, Ahmed dilihat membuat ucapan di meja dipenuhi piala dan memanggil nama seorang pemain sebelum letupan besar berlaku. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan