Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja lemas di Sungai Padas

MOHAMMAD Nazim Idris lemas di Sungai Padas, di Tenom. – Foto ihsan pembaca

 

TENOM: Remaja lelaki hilang ketika mandi di Sungai Padas bersama kakak dan dua sepupu ditemui lemas tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tenom, Mohd Zainal Sinsian berkata mayat Mohammad Nazim Idris, 15, ditemui sekitar jam 1.50 tengah hari, lima meter daripada lokasi remaja berkenaan dilaporkan hilang.

Mohd Zainal berkata mangsa ditemui anggota penyelamat bomba yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat, selepas remaja terbabit dikhuatiri lemas sewaktu mandi dengan tiga lagi ahli keluarga lain kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

“Sungai ini hanya beberapa meter di belakang rumah mangsa yang terletak di Kampung Tenom Lama.

“Kita diberitahu ketika sedang mandi, mangsa bagaimanapun secara tiba-tiba dilihat terkapai-kapai dan hampir tenggelam.

“Mangsa cuba diselamatkan oleh kakaknya tetapi gagal. Kakak mangsa terus memaklumkan kejadian itu kepada keluarga yang berada di rumah sebelum mereka menghubungi talian kecemasan 999.

“Kita menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.40 pagi dan bergegas ke lokasi terbabit bersama 10 anggota, satu jentera serta sebuah bot daripada Balai Bomba Tenom bagi operasi mencari.

“Selain itu, kita juga sudah meminta bantuan enam anggota penyelam daripada Balai Bomba Kuala Penyu untuk membantu operasi ini,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam pada itu, Mohd Zainal menasihatkan orang awam khususnya penduduk yang tinggal berhampiran sungai supaya tidak mandi di kawasan sungai bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali. – BH ONLINE

ANGGOTA bomba berjaya menemui Mohammad Nazim Idris, di Sungai Padas, di Tenom. – Foto ihsan pembaca
MOHAMMAD Nazim Idris, lemas semasa mandi di Sungai Padas, di Tenom. – Foto ihsan Bomba

Komen


Berita Berkaitan