Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja Lelaki Miliki 57.76 Gram Syabu Ditahan Di Sandakan

syabu sandakan
Gambar Hiasan

 

SANDAKAN – Seorang remaja lelaki dipercayai penagih dan pengedar dadah ditahan bersama-sama syabu seberat 57.76 gram dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Bandar Leila dekat sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata remaja berusia 18 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 11.20 pagi.

Katanya pemeriksaan di bilik itu menjumpai sebuah beg kecil berisi 17 paket plastik jernih berlainan saiz mengandungi dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM8,000.

Turut ditemukan peralatan untuk membungkus dan menghisap syabu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata hasil ujian air kencing mendapati remaja lelaki itu positif dadah jenis yang sama.

Fadzil berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan