Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,717

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja Lelaki Maut Motosikal Bertembung Lori Di Tawau

11:49am 19/02/2016 Pak Roshan 2829 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU : Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di KM38.4 Jalan Balung, dekat sini malam tadi, menurut polis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, Rahmadi Udin, 18, merupakan warganegara Indonesia, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya dan terbabas ke arah jalan bertentangan, sebelum bertembung dengan sebuah lori.

“Bagaimanapun pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan