Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,757

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja lelaki dicekup ketika jual barang curi

10:47am 21/11/2016 Pak Roshan 348 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KENINGAU: Gara-gara curi grander untuk mendapatkan wang seorang remaja lelaki yang berumur 16 tahun dicekup polis semasa mahu menjual grinder yang dicurinya berhampiran salah sebuah bengkel di sini lebih kurang jam 2.00 petang pada 14 November lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau ASP Lee Nyuk Kim berkata, remaja itu ditahan oleh sepasukan polis yang membuat rondaan cegah jenayah dan Ops Cantas/Rentap/Pintu/Kesan/Lejang/Pengemis di sekitar pekan ini.

Katanya, semasa rondaan itu, kelihatan remaja itu sedang membawa sebuah grinder jenama BOSH warna biru.

“Semasa membawa grander itu, remaja berkenaan terserempak dengan seorang anggota polis yang tidak beruniform. Kerana menyangka polis itu orang awam, remaja berkenaan pun cuba menjual grander itu tetapi apabila menyedari bahawa ia adalah anggota polis remaja itu cuba melarikan diri tetapi dapat dikejar dan ditahan polis” katanya dalam sidang media di IPD di sini pada Sabtu.

Hasil soal siasat ke atas suspek katanya, suspek mengaku mencuri grinder tersebut dan mahu menjualnya untuk mendapatkan wang.

Lee memberitahu, suspek ditahan reman selama dua dari disiasat di bawah Seksyen 22A Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah kerana gagal memberikan keterangan terhadap barang yang ada dalam miliknya.

Jika sabit kesalahan, suspek hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau denda tidak lebih RM100.00 atau kedua-duanya sekali. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan