Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja lelaki cedera ditetak parang

8:55pm 13/11/2015 Ann Vivien 281 views Jenayah,Tempatan
Parang- Gambar hiasan

Parang- Gambar hiasan

TAWAU: Seorang remaja lelaki dilaporkan cedera di bahagian tulang belikat sebelah kanan selepas ditetak menggunakan parang dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam di bawah kolong sebuah rumah tidak bernombor di Lorong Mat Salleh, Batu 2 Jalan Apas pada Rabu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Mustaffa Maarof Mustaffa dalam kenyataan hari ini berkata, mangsa, 13, sudahpun mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital Tawau dengan bantuan jiran dan membuat laporan polis pada keesokannya (12 November 2015) jam 10 pagi.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama lima rakannya sedang leka bermain game di tangga rumah apabila tiba-tiba seorang lelaki (suspek) yang menunggang motosikal terus menuju ke arah mangsa dan menetak belakangnya.

“Suspek sekali lagi cuba menetak mangsa tetapi dapat dielak, kemudian mangsa melompat dari tangga dan keluar dari kawasan bawah rumah menuju ke rumah jiran untuk mendapatkan pertolongan. Manakala, suspek melarikan diri menggunakan dua motosikal yang dipercayai ada seorang lagi rakannya yang sedang menunggu,” katanya.

Mustaffa berkata, mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana suspek memakai topi keledar dengan penutup muka. Motif kejadian masih lagi dalam siasatan kes di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera menggunakan senjata tajam.- Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan