Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,725

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja kerat kaki Mek Som kena penjara 11 tahun

12:37pm 29/06/2016 Pak Roshan 707 views Mutakhir,Nasional
 MOHD Fikri Noor Rosland (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Pasir Mas. - Foto Zaman Huri Isa


MOHD Fikri Noor Rosland (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Pasir Mas. – Foto Zaman Huri Isa

PASIR MAS: Seorang tukang rumah dikenakan hukuman penjara 11 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan cuba membunuh seorang warga emas, pada 19 Jun lalu.

Hakim Dasuki Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Fikri Noor Rosland, 19, yang mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.

Tertuduh didakwa cuba membunuh dengan cara memotong kaki kiri Mek Som Mat Diah, 89, sehingga putus dengan menggunakan sebilah mata pisau tanpa hulu di sebuah rumah di Kampung Tanjung Rendang Lemal, di sini jam 5 petang, 19 Jun lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haslida Isamail memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal untuk memberi pengajaran.

Bagaimanapun, tertuduh yang juga anak kedua daripada enam beradik merayu mahkamah mengurangkan hukuman penjara kepadanya.

Sebelum ini, BH melaporkan seorang remaja dipercayai penagih dadah mengerat kaki kiri seorang warga emas wanita dengan menggunakan pisau hingga putus pergelangan kaki mangsa.

Perbuatan itu dilakukan kerana mangsa dikatakan tidak memberi wang yang diminta tertuduh. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan