Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja ikut jejak Pak Majid

ikut jejak pak majid

KUANTAN: Jika sebelum ini, bekas pengawal keselamatan, Abdul Majid Abdul Hamid, 58, atau lebih dikenali sebagai Pak Majid berjalan secara solo, namun kali ini dia ditemani seorang remaja perempuan yang mahu merasai sendiri pengalaman berjalan dalam jarak jauh.

Remaja berkenaan, Zafikah Azmi, 18, dari FELDA Lepar Hilir 1, di sini, secara sukarela menyertai Pak Majid untuk berjalan sejauh 562 kilometer merentasi tiga negeri pantai timur bermula dari Kelantan selama 10 hari sejak 4 Ogos lalu sebelum menamatkannya di Stadium Darul Makmur, di sini, semalam .
Katanya, walaupun pada mulanya dihantui keraguan mengenai kemampuannya, namun dia menanam tekad dalam diri untuk menamatkan kembara berkenaan demi membuktikan remaja perempuan sepertinya mampu melakukan aktiviti yang memerlukan ketahanan mental itu.

“Sebelum ini, saya tidak pernah menyertai aktiviti seperti itu, namun tergerak hati untuk menemani Pak Majid selepas dimaklumkan ibu mengenai kembara berkenaan dan bersyukur kerana ibu memberi kebenaran.
“Pak Majid banyak memberikan semangat serta sokongan untuk menamatkan perjalanan ini walaupun pada mulanya terlintas untuk berputus asa kerana keletihan.
“Saya juga ingin mencabar lelaki di luar sana untuk melakukan aktiviti seperti saya dan buktikan kemampuan mereka,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Stadium Darul Makmur pada jam 11.20 pagi, semalam.-SUMBER PHOTO- KOSMO

Komen


Berita Berkaitan