Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja ditemui mati tergantung dalam bilik

thKOTA KINABALU – Hasrat seorang ayah untuk mengajak anaknya makan malam bersama, terbantut apabila terkejut melihat anak lelakinya itu tergantung dengan tali terikat di leher di siling sebuah bilik di rumah mereka di Kampung Tanjung Aru di sini, semalam.

Lelaki itu kemudian memanggil ahli keluarga lain untuk membantu menurunkan mangsa sebelum segera dikejarkan ke Hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun doktor  mengesahkan mangsa telahpun meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, siasatan polis di lokasi kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.00 malam itu, menjumpai seutas tali nylon sepanjang 1.5 meter yang dipercayai digunakan oleh mangsa untuk menggantung diri.

“Polis turut menemui sebuah kerusi yang diletakkan di bahagian tengah bilik berkenaan dipercayai digunakan mangsa berumur 21 tahun itu untuk berdiri sebelum menggantungkan diri,” katanya di sini hari ini.

Katanya, siasatan lanjut polis mendapati tiada unsur jenayah berlaku dalam kejadian tersebut dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut.

– oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan