Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja ditemui mati lemas di Pantai Tanjung Aru

 

Anggota Bomba mengusung mayat remaja perempuan yang lemas di Pantai Tanjung Aru.
Anggota Bomba mengusung mayat remaja perempuan yang lemas di Pantai Tanjung Aru.

KOTA KINABALU – Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun, pada jam 4.50 petang tadi selepas dilaporkan hilang ketika mandi laut di Pantai Tanjung Aru di sini semalam.

Mayat mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat di Pantai Tanjung Aru 3, berhampiran lapangan terbang kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra yang mengesahkan penemuan itu berkata, keadaan mangsa ketika ditemui masih sempurna dan berpakaian lengkap.

Mangsa dikenali sebagai Dayang Tiara binti Norman seorang pelajar berasal dari Kampung Sembulan Baru di sini.

Dalam kejadian semalam, mangsa yang sedang mandi laut bersama tujuh orang lagi rakannya secara tiba-tiba menjerit meminta tolong kerana dihanyutkan arus deras.

Rakannya cuba membantu dengan menarik mangsa namun gagal, sebelum mangsa hilang dari pandangan mereka dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang semalam.

“Mayat di bawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan