Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja ditemui lemas

10:47pm 10/07/2016 Pak Roshan 909 views Beaufort,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

BEAUFORT: Seorang remaja lelaki ditemui lemas pagi ini, selepas dilaporkan hilang ketika mandi laut di Kampung Menumpang, Kuala Penyu, petang semalam.

Mayat Mohd Azuddin Ajol, 18, ditemui pada jam 7.15 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Mangsa dan tiga rakannya difahamkan pergi ke pantai kampung itu untuk mandi kira-kira jam 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak, berkata dalam kejadian itu, hanya mangsa bersama dua lagi rakannya yang mandi, manakala seorang lagi rakan mereka berada di tepi pantai.

“Berdasarkan maklumat rakan mangsa, tiga rakannya itu hilang selepas dipukul ombak besar secara tiba-tiba. Bagaimanapun, dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai, tetapi Mohd Azuddin hilang,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Penyu untuk bedah siasat.  – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan