Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja Disimbah Asid Dalam Kelas Oleh Lelaki Bertopeng

disimbah asid

NEPAL – Dua remaja perempuan melalui pengalaman menakutkan sepanjang hayat selepas seorang lelaki bertopeng menyerbu masuk ke dalam kelas lalu menyimbah asid ke muka mereka.

Keadaan itu menyebabkan Sangita Magar, 16, dan Sima Basnet, 15, mengalami lecur di bahagian muka, tangan dan kaki, dalam serangan yang dipercayai sebagai membalas dendam.

asid1

Menurut polis, siasatan kini dijalankan bagi mengesan penyerang terbabit. Hingga kini motif sebenar kejadian masih belum diketahui.

Dalam pada itu, Sima memberitahu, selepas disimbah asid, muka berasa panas dan dia kemudiannya berlari pulang ke rumah.

“Selepas terkena asid, saya tahu saya perlu menyiram air ke muka bagi mengelakkan asid berkenaan menjadikan kulit saya cair.

“Saya tidak menghubungi polis sebaliknya saya berlari dengan pantas ke rumah manakala Sangita pula telah dihantar ke hospital oleh ibu bapanya,’’ kata Sima.

Sementara ibu bapa Sangita pula mengkritik pihak pengurusan sekolah dengan mendakwa anak mereka tidak mendapat rawatan yang sempurna selepas lima jam serangan berlaku.

Meskipun serangan asid kini menjadi satu kesalahan jenayah di negara jiran India namun tiada undang-undang khas di Nepal mengenai serangan tersebut.

Komen


Berita Berkaitan