Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,824

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja didakwa memiliki harta curi

3:18pm 31/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 138 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang remaja 18 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas pertuduhan memiliki sebuah van yang dipercayai harta curi.

Walaubagaimanapun, mahkamah tidak mengambil sebarang pengakuan salah tertuduh pada hari ini kerana ketiadaan laporan sosial tertuduh.

Tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM 1,500 berserta dua orang penjamin tempatan dan kes tersebut akan disebut semula pada 14 Januari, tahun hadapan.

Tertuduh yang dibawa ke hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus mengaku telah melakukan kesalahan tersebut pada 19 Disember, tahun ini, jam lebih kurang 11.40 pm di Kg Somboi, Kinarut, Papar.

Jika disabit kesalahan, tertuduh akan dihukum dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai tempoh lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Asp Jakariya Juppakal. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan