Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja diarah bayar pampasan RM3.55 juta

11:23am 27/11/2015 Pak Roshan 9 views Global
ORACHORN

ORACHORN

Bangkok: Sebuah mahkamah di sini semalam mengarahkan keluarga remaja perempuan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan sembilan orang maut dan empat lagi cedera membayar pampasan berjumlah 30 juta baht (RM3.55 juta) kepada mangsa.

Remaja itu, Orachorn Thephasadin Ayudhya yang memandu sebuah kereta Honda Civic melanggar belakang sebuah van penumpang di atas jejambat di lebuh raya Din Daeng-Don Muang pada 27 Disember 2010.

Ketika kejadian Orachorn berusia 16 tahun dan tidak mempunyai lesen memandu.

Kemalangan itu menyebabkan van berkenaan terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelum terhumban ke bawah jejambat.

Pada 2011, Orachorn didakwa memandu tanpa lesen, memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Mahkamah semalam turut mengarahkan keluarga Orachorn membayar pampasan berkenaan kerana ibu bapanya gagal memantau anak mereka itu.

Seramai 28 plaintif terdiri daripada keluarga mangsa yang maut dan mangsa yang cedera memfailkan saman bagi menuntut pampasan dari Orachorn.

Mahkamah mengarahkan bayaran pampasan dari 4,000 baht (RM473) hingga 1.8 juta baht (RM212,859) termasuk faedah untuk setiap mangsa terbabit. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan