Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

REMAJA DI TEMUI MATI DI TANDAS SEKOLAH

 

Remaja ditemui mati di tandas sekolah. Gambar SNT/ Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun ditemui mati terjerut di dalam sebuah tandas sekolah pemulihan akhlak di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner, Habibi Majinji berkata pihak polis telah mendapat maklumat mengenai kematian seorang pelajar berumur 16 tahun pada 31 Julai lebih kurang jam 11.30 malam.

Menurut laporan, remaja itu ditemui oleh dua kakitangan sekolah tergantung dengan seluar track suit terikat dilehernya di dalam tandas sekolah tersebut.

Sebelum itu, kakitangan sekolah itu yang sedang membuat rondaan mendapati remaja berkenaan tidak kelihatan dalam biliknya.

Mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Likas menggunakan van sekolah.

Walaubagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Likas pada jam 12.07 tengah malam (1 Ogos 2018).

Pemeriksaan pihak polis ditempat kejadian tidak mendapati sebarang kejadian berunsur jenayah.

Menurut Habibi, hasil siasatan mendapati satu seluar track suit warna kelabu terikat di grill tingkap yang digunakan untuk mengantung diri.

Kes telah di klasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan