Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja bunuh suami terlepas hukuman mati

NOURA ketika hari perkahwinannya tahun lalu. – Ihsan Dr. Adil Mohamed A-Imam

 

Khartoum: Hukuman mati terhadap remaja Sudan yang membunuh suaminya yang merogolnya selepas dipaksa kahwin, ditukar kepada penjara lima tahun dalam kes yang menarik perhatian dunia.

Noura Hussein yang kini berusia 19 tahun, mendakwa selepas dia enggan melakukan hubungan seks, suaminya yang berusia 35 tahun, merogolnya dengan bantuan saudara lelaki terbabit yang memegangnya.

Kelmarin, Mahkamah Rayuan Sudan membatalkan hukuman mati terhadapnya yang dijatuhkan bulan lalu, oleh Mahkamah Syariah negara itu.

Menurut AFP, peguam yang mewakili remaja itu, Al-Fateh Hussein, berkata, mahkamah membatalkan hukuman mati dan menggantikannya dengan penjara lima tahun berserta denda 337,500 pound Sudan (RM48,300) kepada keluarga suaminya.

“Hukuman penjara itu bermula sejak remaja berkenaan ditahan,” katanya.

Noura ditahan dipenjara wanita sejak Mei 2017.

Remaja itu ditunangkan pada usia 16 tahun tetapi menolak untuk dikahwinkan dan melarikan diri ke rumah saudaranya.

Pada April 2017, dia dipaksa berpindah ke rumah suaminya, Abdulrahman Hammad, selepas tamat sekolah menengah.

Apabila dia enggan menerima perkahwinan itu, pada 2 Mei 2017, suaminya memanggil dua abang dan seorang sepupu lelaki membantunya merogol Noura.

Pagi esoknya, lelaki itu sekali lagi cuba merogolnya, namun Noura yang berusaha mempertahankan diri, bergelut lalu menikam suaminya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan