Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja autisme selamat rakan daripada tercekik

9:47am 08/11/2015 Pak Roshan 5 views Global
JESSICA dan Williams.

JESSICA dan Williams.

New York: Seorang remaja berusia 13 tahun yang menghidap autisme menyelamatkan rakan sekelasnya yang tercekik ketika makan epal menggunakan teknik bantuan kecemasan dipelajari daripada kartun SpongeBob Squarepants.

Brandon Williams ternampak rakannya Jessica Pellegrino tercekik pada 28 Oktober lalu sebelum bergegas memeluk gadis itu dari belakang dan menggunakan teknik Heimlich untuk menolak diafragmanya sehingga kepingan epal yang melekat dalam kerongkongnya terkeluar.

“Saya nampak dia tercekik dan terbatuk-batuk jadi tanpa berfikir panjang saya meniru aksi dilihat dalam kartun kegemaran saya, SpongeBob Squarepants.

“Dia mengucapkan terima kasih selepas saya menyelamatkannya. Jessica rakan saya dan saya menyayanginya,” katanya.

Guru dan rakan sekelasnya meraikan Williams dalam sebuah majlis beberapa hari kemudian.

Ayahnya Anthony Williams berkata: “Dia memang bijak dan mampu belajar serta ingat banyak perkara yang kita mungkin terlepas pandang. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan