Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja Antara Yang Ditahan Terlibat Kes Dadah

remaja ditahan

GEORGE TOWN– Seorang remaja antara enam individu yang ditahan dalam dua serbuan berasingan kes dadah di Pulau Pinang, kata Timbalan Ketua Polis negeri Datuk A. Thaiveegan.

Beliau berkata jumlah keseluruhan anggaran harga pasaran dadah yang dirampas bagi kedua-dua kes itu sebanyak RM100,000 dan dipercayai dadah berkenaan adalah untuk pasaran tempatan.

“Bagi kes pertama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang melakukan serbuan pada 5 petang, 1 Ogos di sebuah rumah di kawasan Taman Seri Kijang, Seberang Perai Tengah.

“Dalam serbuan itu polis menahan empat individu iaitu tiga lelaki India dan seorang perempuan India berusia antara 17 dan 28 tahun, kesemua ditahan reman sehingga 7 Ogos bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di sini Isnin.

Katanya, dalam serbuan itu polis turut merampas dadah jenis heroin seberat 2.46 kilogram, dadah jenis syabu seberat 17 gram dan peralatan pembungkusan dadah.

“Keempat-empat suspek yang ditahan adalah penganggur dan seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Sementara itu Thaiveegan berkata hasil maklumat risikan sepasukan polis rondaan kenderaan pelbagai guna (MPV) Eagle berjaya menangkap dua lelaki berusia 20 dan 22 tahun selepas menahan dan memeriksa sebuah kenderaan di kawasan rawat dan rehat (R&R) arah ke Lunas-Kulim pada 3 Ogos, 12.20 tengah malam.

“Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 9 Ogos untuk membantu siasatan dan mereka tiada rekod jenayah lampau,” katanya.

Thaiveegan berkata bagi kedua-dua kes itu kesemua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Komen


Berita Berkaitan