Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Remaja Ambil Dadah Tergamak Samun, Tetak Kaki Nenek

nenek

SEORANG penyamun bertindak memotong kaki kiri seorang nenek tua sehingga putus apabila cuba menyamun nenek itu di Kampung Tanjung Rendang, Pasir Mas, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku lewat petang semalam, mangsa, Mak Som Mat Diah, 89, bersama perempuannya yang berusia 55 tahun dikatakan sedang berahat di ruang tamu rumahnya.

Penyamun yang berusia 19 tahun itu dilaporkan oleh Harian Metro sebagai jiran sekampung Mek Som.

Penyamun tersebut difahamkan memasuki rumah Mek Som dan meminta wang tetapi mula bertindak agresif apabila Mek Som enggan memberikan sebarang wang kepadanya.

Selepas melihat kelakukan agresif penyamun, anak Mek Som berjaya melarikan diri tetapi Mek Som ditumbuk dan kakinya pula ditetak sehingga putus dengan menggunakan pisau.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad mengesahkan kejadian berikut dan menurutnya, Mek Som telah dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum diruju ke Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

“Suspek berjaya ditangkap oleh penduduk kampung yang merupakan saksi kejadian dan akan di bawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman,” kata Ibrahim Saad.

Selepas menjalankan ujian air kencing terhadap suspek, dia didapati positif dadah semasa melakukan perkara tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan