Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Remaja Afrika Selatan serah ‘serpihan MH370’

9:09am 12/03/2016 Pak Roshan 741 views Global
SERPIHAN yang ditemui Lotter.

SERPIHAN yang ditemui Lotter.

Pretoria: Satu keluarga dari Afrika Selatan menyerahkan serpihan dipercayai daripada pesawat MH370 yang ditemui ketika bercuti di Mozambique, tiga bulan lalu.

Penemuan itu seterusnya mencetuskan kebimbangan serpihan pesawat itu disimpan sebagai cendera hati sekiranya ditemui.

Sehubungan itu juga, Bahagian Siasatan Kemalangan dan Kejadian Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Afrika Selatan mengesahkan ia menghantar pegawai ke kediaman keluarga itu di Wartburg untuk menyiasatnya.

Remaja, Liam Lotter menemui serpihan itu yang digambarkan sebagai ‘objek berkilat’ ketika berjalan di tepi pantai pada percutiannya dengan keluarga di Mozambique, Disember lalu.

“Saya mengutip dan membeleknya dan dapat melihat ia berlekuk dengan beberapa lubang pada satu sisi.

“Saya membawanya pulang ke rumah bapa saudara yang mendakwa ia sekadar serpihan bot dan menyuruh saya membuangnya.

“Tetapi saya berkeras mahu membawanya pulang dan membuat kajian di Internet kerana ada nombor siri pada satu sisi,” katanya.

Katanya, dia cuma menyedari apa dimilikinya itu mungkin serpihan pesawat selepas membaca berita penemuan, juga di Mozambique, minggu lalu, oleh penulis blog Amerika, Blaine Gibson.

Serpihan ditemui Lotter yang mempunyai tulisan ‘676EB’ menggunakan fon sama dengan yang tertera pada serpihan dijumpai Gibson, yang tertulis kata-kata ‘No Step.’

Pengerusi Strategic Aviation Solutions Neil Hansford berkata, serpihan ditemui Gibson boleh dipercayai, tetapi dia sukar menerima sepenuhnya ia dari MH370 kerana tiada tera air atau teritip.

Analisis penemuan Gibson itu akan dilakukan di Australia minggu ini di Canberra untuk mengesahkan kesahihannya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan